TAMADUN MELAYU
- Tertumpu kepada suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago), gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu, dan Tanah Jawi.
· Dua perkara penting yang mewarnai tamadun wilayah ini ialah bahasa Melayu, yang menjadi bahasa perhubungan luas (lingua franca) di seluruh kawasan ini, dan agama Islam yang menjadi pelengkap kepada pembentukan tamadun Melayu.
- Tamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang secara luasnya digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu
- Tamadun Melayu boleh dilihat melalui dua dimensi utama iaitu yang berdasarkan :
i. Rumpun bahasa bangsa
- Berdasarkan dimensi rumpun bahasa bangsa, Melayu terangkum dalam kelompok Austronesia-Nusantara
ii. Kawasan-wilayah
- Berdasarkan dimensi kawasan-wilayah, Tamadun Melayu merangkumi kawasan Kampuchea, Myanmar, Pattani, Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Sulawesi, Maluku, Sulu, Mindanao dan beberapa kepulauan lain.


No comments:
Post a Comment