TAMADUN
Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah.Tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah culture and civilization atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Perkataan civilization dalam bahasa inggeris berasal dari bahasa Greek civitas yang bermaksud bandar Asas Tamadun Islam
Aqidah– Ialah Keimanan dan kepercayaan kpd Allah iaitu
ucapan 2 x syahadah.
Syariah– Ialah Peraturan dan undang-undang yg telah
ditetapkan Allah utk diikuti oleh manusia.
Akhlak– Ialah Praktikal kpd iman, setiap perlakuan dan
tindakan manusia berteraskan aqidah yang betul.
Ciri-Ciri Tamadun Islam
Merupakan amalan beragama, pembandaran, pengkhususan pekerjaan,
inovasi teknologi dan penulisan.
1. Ibnu Khaldun
berpendapat bahawa ciri tamadun ialah kehidupan bandar yang merangkumi :
Agama yang lebih tinggi
Sistem perundangan yang teratur
Sistem negara yang teratur.
Sistem tulisan yang mantap.
Bentuk seni yang jelas
2. Edward L. Farmer
Berpendapat bahawa ciri tamadun ialah kehidupan bandar yang merangkumi:
Revolusi pertanian,.
Penempatan kekal.
Stratifikasi sosial.
Amalan beragama
Urbanisasi
Pengkhususan pekerjaan,
Inovasi teknologi
Pengenalan sistem tulisan.
3. Ib.u Khaldun
Berpendapat bahawa ciri tamadun ialah kehidupan bandar yang merangkumi :
Agama yang lebih tinggi
Sistem perundangan yang teratur
Sistem negara yang teratur.
Sistem tulisan yang mantap.
Bentuk seni yang jelas
4. Jurzi Zaydan
Berpendapat bahawa ciri tamadun ialah kehidupan bandar yang merangkumi :
Sistem pentadbirannya,
Susun lapis masyarakat sosial yang teratur rapi.
Perkembangan ilmu sains
Pendidikan yang tinggi.
Bangunan-bangunan yang mempunyaiciri islam dan kesenian islam yang halus.
Pembangunan dan pertumbuhan bandar
5. M.A.J. Beg
Berpendapat bahawa ciri tamadun ialah kehidupan bandar yang merangkumi
Penyebaran teknologi pertanian
Penternakan yang mengubah tradisi kehidupan nomad
Hubungan sosial yang baik.
Kewujudan sistem pengairan.
Teknologi tembaga dan besi
Sistem penulisan.
Kesemua Ciri Berpaksikan Kepada Ciri-Ciri :
I. Rabbaniyyah(ketuhanan),
II. Insaniyyah(kemanusiaan),
III. Dunyawiyyah(keduniaan)
IV. Syumuliyyah(keseluruhan)